Friday, February 25, 2011

Mungkin benar, aku sepatutnya melupakan mu. . . Putik, memang betul kita da takde pape. . . Realitinya, aku sekarang dah ada awek tapi bukan penganti ko. . . bila kita dah tiada hubungan, aku sangkakan kita akan kembali terjalin. . . tapi semakin hari aku berhubung dengan ko, semakin aku sakit hati dengan ko. . . Memang betul cakap Amir, Kita saling menyayangi dan mencintai satu sama lain tetapi masing-masing tak dapat terima diri masing-masing. . . Boleh tak bagi jalan penyelesaian, apa yang harus kita lakukan ? ? ? Adakah kita perlu merentasi masa agar takdir kita yang  menentukan? ? ?

Memang betul, musibah la yang mematangkan kita. . . dan perkara aku dah belajar, Jangan terlalu percaya kepada orang yang kita sayang sebab kebarang kalian  orang tersebut akan menikam kita dari belakang. . . Dan betul juga kata kakak aku, kita sepatutnya terus pandang ke hadapan. . .  

Walaupun aku rasa ianya satu kesilapan, tapi tak guna berharap balik. . . kadang-kadang aku fikir keputusan aku betul. . . Just jangan buat aku menyesal oke ? ? ?

p/s= aku tak tahu aku merepek apa. . . kepala pening, jiwa runsing (=_=')

Friday, February 11, 2011

Halaman Kedua . . .

NZ Garden
Lewat petang tadi, saya menonton satu cerita yang bertajuk Going To Distance. . . Jalan ceritanya agak lucu dan lucah. . . Tapi, point cerita tu adalah kalau dah jodoh tak ke mana. . . Walaupun mereka bercinta jarak jauh, mereka terpaksa berpisah demi kebaikkan masing-masing walaupun mereka saling mencintai. . . .

Saya da biasa bercinta jarak jauh. . . Cuma sekarang ni saya terpaksa lagi melalui alam tersebut kerana kini saya sudah tak duduk kl lagi. . . Haishh, macam mana nak buat ? ? ? Tunggu sajalah. . . 

Thursday, February 10, 2011

Halaman Pertama. . .

1st date. . . .

2nd Date. . .

Last bertemu. . . .

She made it to me . . .
1st picture she gave to me. . .


Baiklah. . .Tentu kalian tertanya-tanya siapakah wanita ini. . . Inilah dia PUTIK saya. . . Gosh, saya tak tahu nak describe macam mana sebab terlalu banyak untuk dikongsi bersama. . . Pada awalnya, saya bertemu dengannya di SPM (Syarikat Perniagaan Mesra di Machang,Kelantan) yang ketika itu saya keluar bersama teman saya,Imi dan juga Elis. . . Putik pula merupakan kawan kepada Elis. . . Yang tak leh handle masa 1st time jumpa, bau perfume dia lah paling kuat sekali dalam kereta tue. . . Mungkin separuh botol kot dia sembur satu badan. . . hahahahaha :p

Dari kiri = Yumi,Imi dan Kudin.


Tentu kalian hairan kenapa nama dia Putik. . . Putik adalah nama panggilan yang saya selalu gunakan ketika ingin berbicara dengannya. . . Putik bermaksud sebilangan nasi yang berada di dalam periuk nasi. . . Ala,putik nasi. . . . hahahahaha. . . kena dengan fizikal dia iaitu berisi,kecil,mata sepet serta hidung kepek :p. Walaupun tak se-hot mana tapi bagi saya dia lah yang paling istimewa dalam hidup saya. . .

Kami declare pada tanggal 30/04/2008 dan hubungan kami hanya bertahan selama 2 tahun 8 bulan. Sepanjang tempoh In a relationship ini, kami hanya dating sebanyak 3 kali sahaja. . .  Walaupun berjauhan,hanya dia sahaja la perempuan yang paling memahami saya selepas bonda saya. . . Levelnya sama dengan bonda saya dengan buktinya saya tidak boleh nak menipu dia kerana dia tahu bila masa saya menipu, bila masa saya jujur, bila masa saya marah sekejap jew (time ni dia berani melawan dan marah saya balik sebab dia tahu saya salah) dan bila masa saya betul-betul marah (time ni dia akan menangis). . .

Walaupun saya tidak bersamanya lagi,tetapi jujur saya katakan dalam hati saya,masih lagi ada perasaan terhadapnya. . . Tetapi mungkin saya sudah tiada harapan lagi untuk bersamanya. . . Justeru,saya ingin menegaskan bahawa dia lah perempuan yang benar-benar buat saya mengenali erti cinta. . .

Putik,Kamulah Anugerah Terindah Yang Pernah Aku Miliki. . .

Wednesday, February 9, 2011

Muka Hadapan Hikayat Kudin. . .

Here I Am. . .
Assalamualaikum dan salam sejahtera. . . Selamat datang ke Utusan Warkah Hikayat Kudin. . . Niat di hati saya untuk mencipta sebuah blog ini disebabkan ingin menghasilkan karya dari kenangan yang tercipta agar tidak terhapus dari ingatan. . .
Justeru,bagi memulakan muka hadapan hikayat ini,saya ingin memperkenalkan diri saya terlebih dahulu. . . Nama penuh saya adalah Naqib Nasruddin Bin Yahaya yang lahir pada tanggal 04/07/1990 di Batu Pahat,Johor,Malaysia. Namun demikian, saya lebih dikenali sebagai Kudin di kalangan keluarga serta sahabat manakala Aqyd di kalangan teman. . .
Sampai di sini sahaja lah pertemuan kita. . . Ada masa,kita bertemu lagi. . . Selamat Membaca.. . (n_n)